Halaman

Isnin, 23 Mac 2015

ESP Protein Terbaik

Assalammualaikum..
Promosi ESP akan melabuhkan tirainya tak lama lagi. 5 hari saja lagi. Ruginya siapa tak grab. Sebab bln 4 ni akan ada GST, so Supplement Shaklee pun akan ada GST. Harga dah tentu tentu naik. Huhu..

So sekarang ni nk cerita pasal ESP je. Saya dulu kenal Shaklee dgn ESP la. Utk kulit sy yg kusam & hitam tu.. hehehe.. skrg tidak lagi..

Jom kita tengok apa kandungan yg ada dlm ESP ni yg popular sgt tu.

SUMBER PROTEIN TERBAIK
ESP adalah sumber protein yg terbaik yg badan kita perlukan. Ia kaya dengan Asid Amino yg merupakan bahan asas bagi protien. Protein terdiri daripada blok – blok binaan yang dinamakan asid – asid amino. Ada 22 jenis. Kesemua 22 asid amino bercantum dalam pelbagai cara untuk membentuk protein. 

PROTEIN SHAKLEE ADALAH SUMBER PROTEIN TERBAIK UNTUK BADAN KITA.

✔ “Protein Lengkap” – Terdapat 9 Amino Asid perlu pentingnya tidak dapat dibuat dalam badan
✔ Bahan terbaik – Soya (Berbanding protein daripada daging – kandungan proteinnya hanya 22% (lebihannya adalah lemak)
✔ Tanpa kolesterol
✔ Lemak sangat minimum (1 gm)
✔ Instant – kadar penghadaman tinggi / serap terus dalam darah
✔ Tiada perasa tiruan, pemanis pewarna & pengawet
✔ Tanpa laktosa
✔ Mengandungi 5 Vitamin B, 2 mineral & 8 gm karbohidrat untuk tenaga
✔ ‘Versatile’ boleh dicampur dengan sebarang minuman kecuali kopi dan teh.

Cepat grab sebelom terlambat. Sangat berbaloi memilikinya.

Saya sedia membantu anda

Sara Rosli
012.9249976
www.facebook.com/ctsara

Jumaat, 27 Februari 2015

Cerita Frozen terbaru March nanti

Filem animasi 3D terbitan Walt Disney yang paling popular tahun lepas, Frozen, memang telah berjaya mencetuskan fenomenanya tersendiri. Selain runut bunyinya Let It Go, kostum yang direka dan “dipakaikan” pada watak utamanya Elsa juga turut mendapat perhatian ramai.
Fenomena Frozen tidak berakhir lagi. Kenapa? Frozen Fever akan menemui anda di pawagam. Filem pendek tujuh minit, Frozen Fever akan ditayangkan sebelum filem Cinderella yang akan keluar panggung pada 13 March ini.
Pelakon alih suara asal seperti Idina Menzel (Elsa), Kristen Bell (Anna), Jonathan Groff (Kristoff) dan Josh Gad (Olaf) kembali menghidupkan peranan masing-masing.
Animasi pendek berdurasi 7 minit itu akan memaparkan suasana di kerajaan Arendelle susulan pengakhiran versi filem yang menyaksikan Elsa dan Anna berbaik semula. Selain itu, ‘sneak peek’ juga menyaksikan persediaan sambutan hari jadi Anna termasuk gaun baru Elsa.
Anak anak suka la ni. Mulalah Viral baju frozen terbaru tu dkt pasaran. Anak anak nampak lajulah nak kan. Hehehe.....
Layankan jer la k.. tapi comel.. kita yang besar ni pun suka.

Khamis, 26 Februari 2015

Vita Lea - Vitamin tertua di dunia

Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua...
Semoga anda sihat utk keluarga tercinta

Entry kali ni nak cerita sikit pasal Vita Lea
Vita Lea adalah vitamin yg tertua di dunia. Sebabnya ia yg pertama di ciptakan sebagai multivitamin & mutimineral. Asalnya di kenali sbg "Vitalize Mineral" & singkatannya di sebut sebagai " Vita-Min". Ha perkataan Vitamin ni di sebutan pertama kalinya oleh Shaklee. Org len x de sebut lagi tau. Cayalah.. Kini ia berusia 90 Tahun. Uish tua gilolah...
Sekarang Vitamin tu di ubah nama jadi Vita-Lea. Yeayy.. 



Kandungan & kelebihannya : 

* Ia kaya dgn 30 nutrisi yg lengkap yg di ekstrak dari sayur sayur & buahan. Juga 12 Vitamin & 7 Mineral yg di formulasikan secara komprehensif & sgt seimbang. 
* Vitalea ni di saluti dgn serbuk nutrisi spirulina. 
* Ia di hasilkan dgn teknologi yg terkini & eksplosif yg kompleks yg di sebut sbg "Explo-Tab".
* Ia merupakan tablet multi-vitamin yg paling pantas didunia terlarut dlm air & juga tubuh manusia.
* Mineral yg ada dlm Vita-Lea ini mudah berintegrasi dgn protein utk penyerapan yg pantas oleh usus kecil.
* Ujian klinikal menyatakan dgn pengambilan Vita-Lea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. 

Manfaat Utama :
1) Penambahan tenaga segera - boleh fokus belajar & buat kerja
2) Pelengkap Nutrisi - bagi yg anti sayur & buah
3) Keupayaan Sistem Produktif - Utk remaja yg sedang membesar
4) Metabolisme - membantu melambatkan proses penuaan
5) Melindungi organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung & hati

Tau tak yg Vita-Lea ni kaya dengan semua nutrisi iaitu : Vitamin A, D, E, C, Asid Folic, Vita B1, B2, B5, B6, B12, Biotin, Kalsium, Fostorus, Iodin, Zat Besi, Magnesium, Copper & Zinc.

Fuhh... lengkap betul dgn nutrisi. Rugi tak amik. Sekarang tengah harga runtuh. Beli 6 botol percuma 1. Kalau beli 1 pun saya bagi rege istimewa. Meh la..
Jangan segan segan k..

Sara Rosli
012.9249976
www.facebook.com/ctsara
Vitamin Naturals 4U



Ahad, 22 Februari 2015

Supplement Utk Musim Panas

As Salam & Salam Sejahtera Semua...

Bertemu lagi dengan entry kali ni. Ni nak cerita pasal musim panas dekat Malaysia ni. Start musim panas yg ekstrem ni, macam macam penyakit yg datang. Ramai dkt FB, IG smeua cerita yg family semua tak sihat. Ye la, panas terik yg len macam. Sidai baju 1/2 jam dah kering. Biarkan lama lagi hangus dah. Hehehe...

Korang tau tak bahaya musim panas ni. Ia boleh memberikan tekanan fizikal pada tubuh badan manusia termasuk menyebabkan kematian seperti strok haba. Masyaallah... teruknya... Bukan je kesihatan, ekosistem & kawasan pertanian pun akan teruk dgn musim panas ni. Tanaman banyak mati kan sbb kering.

Lepas tu akan juga menjejaskan sumber bekalan air yg selamat. Sebabnya, air jadi kotor & mulalah cirit birit berlaku di sebabkan makanan yg tercemar. Kes denggi juga akan banyak sbb cuaca panas merangsang nyamuk & replikasi virus nyamuk. Macam macam kan. Ketua pengarah kesihatan cakap yg cuaca panas ni akan berlarutan sehingga bulan April 2015 ni. Kerana fenomena Ekuinoks g menyebabkan matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa. 

Orang dewasa berusia 40 thn ke atas mempunyai risiko yg tinggi utk kene penyakit di musim panas ini. Kanak kanak pula yg berusia 5 tahun akan lebih cenderung utk menghidap penyakit pernafasan, kelenjar tiroid. Strok haba juga boleh membawa maut pada mereka.

Masalah kekurangan air dalam badan adalah yg paling bahaya semasa cuaca panas & kering kerana perubahan kandungan garam galian dlm badan boleh menyebabkan strok haba berlaku.

Strok haba ialah keadaan dimana paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 celcius.






So pengambilan supplement amat penting dalam masa sekarang. Membantu keluarga anda sentiasa sihat & bertenaga sepanjang cuaca panas terik ini.

Supplement yg sesuai utk musim panas yg terik ni adalah :

* Vitamin C 500mg - utk meningkatkan sistem imun semulajadi pada badan kita

* Garlic - boost energy badan kita drpd sebarang penyakit (musim panas ni, strok haba)

* Performance Drink - menghilangkan dahaga, tingkatkan energy, membantu tubuh badan drpd di hidrasi dgn lebih baik berbanding dgn air

* Nutriferon - mengukuhkan sistem imun dlm masa 3 hari di mana ia adalah salah satu interferon semulajadi di dunia

So di nasihatkan anda semua jaga keluarga tersayang anda. Minum air masak banyak2, air isotonik & hadkan aktiviti luar yg terdedah pada cuaca panas terik.

Saya sedia membantu anda untuk sihat & bertenaga sepanjang hari.

Nak sihat ingat SHAKLEE..

Sara Rosli
www.facebook.com/ctsara
ctsara5993@gmail.com
Vitamin Naturals 4U

Sabtu, 14 Februari 2015

Fenomena Basic H - Sabun Serbaguna Shaklee

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Alhamdullillah bersua kita lagi. Semoga anda sihat selalu pastinya dgn supplement semulajadi & selamat Shaklee.

Entry kali ni nak ceritakan mengenai Sabun serbaguna Shaklee Basic H yg hangat dekat Facebook sekarang ni. Ha.. memang sesuai utk ibu ibu di rumah. Sangat senang & cepat kerja membersih. Yang hangat sekarang ni Basic H di basuh dengan kasut sekolah anak anak & baju sekolah anak anak. Putih berseri macam baru. Tak caya cer tengok gambo. 







Saya dah cuba kasut anak anak & baju teakwondo anak anak dara saya. memang hasilnya cantik, putih. Maaf tak sempat amik gambo. Anak anak dah amik bawa pergi sekolah pakai. Bestkan.

BASIC H2 Organic Super Cleaning Concentrate. Adalah apa yg anda perlukan utk beribu ribu pekerjaan isi rumah. 

- Kepekatan yg tinggi - 16 auns membuat sehingga 48 gelen pembersih berkuasa apabila bercampur dgn air.

- Pembersih serbaguna & berkuasa menghilangkan kotoran gris, & kotoran dari mana mana permukaan yg boleh di basuh di dalam & di luar.

- Tidak di bilas, tidak bersisa, formula bebas coretan

- Tanpa toksik, Asli

- Sukfartan biodegradasi

Ianya adalah Mesra Alam di mana ramuannya semulajadi yg di ekstrak drpd jagung & kelapa. Tanpa fosfat, bungkusan yg boleh di kitar semula, tanpa bahan pewarna,& selamat utk sistem septik & pembentungan.

Jom selamatkan bumi kita dengan bahan organic & semulajadi.
Konsultasi percuma untuk anda. Saya akan berikan yg terbaik.

Sara Rosli
012.9249976
www.facebook.com/ctsara
ctsara5993@gmail.com
Vitamin Naturals 4U

Ostematrix Shaklee utk Kalsium badan anda

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...

Apa khabar anda semua? Semoga sihat selalu & senyum selalu. Nak sihat selalu apalagi kalau bukan dengan supplement semulajadi SHAKLEE

Ok kita nak cerita pasal Ostematrix.. Supplement Kalsium Anda. Sebab bulan ni Promosi beli 6 percuma 1. 

Ostematrix Shaklee ni penuh dgn kalsium. Baik utk tulang anda. Kalau sesiapa yg tak minum susu tu eloklah ambil ostematrix ni.

Ostematrix ni mengandungi kalsium yg sgt tinggi & ia memastikan kadar penyerapannya 99%. Formulanya unik, di buat dr mineral semulajadi & garam mineral dr laut mati. Kajian telah memastikan yg supplement kalsium ini akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yg telah berumur dengan berkesan.

KANDUNGAN OSTEMATRIX SHAKLEE

Kalsium, Magnesium, Fosforus, Vitamin D, Zinc, Kuprum, Manganes & boron

- Vitamin D : 
Ia meningkatkan penyerapan Kalsium & Fosforus utk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit Periodontal.

- Magnesium :
Ia adalah Ion positif yg kedua penting dlm tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang & rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh utk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf & otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakitjantung. Ianya juga penting utk mereka yg ada masalah fluktuasi glukos.

- Zinc, Boron, Manganes, Kuprum :
Memelihara metabolisme kerangka & pertumbuhan otot. Menyusun enzim yg di perlukan utk membaiki tulang rawan & menghalang artritis.





MANFAAT UTAMA OSTEMATRIX SHAKLEE

1- Menguatkan tulang : 
Kaya dgn kalsium yg menghalang Osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Boleh merawat tulang retak, kuku rapuh & eczema.

2- Memperbaiki kekejangan & kebas kebas : 
Pengambilan 600mg kalsium sebelom tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi & artritis.

3- Meringankan Stres :
Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, menggalakkan tidur selesa. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala & pitam

4- Memperbaiki masalah Haid :
Kajian menunjukkan bahawa dgn pengambilan 1000mg kalsium & magnesium serentak, meringankan sakit waktu haid & membantu pelawasan pembuangan air kecil

Tahukah anda bahawa 1 Tablet Ostematrix Shaklee ini bersamaan 1 gelas susu kalsium tinggi & 80 biji badam


Ostematrix Shaklee ni sangat sesuai utk ibu hamil. Di mana mereka yg selalu mengalami kekejangan otot di waktu tidur. 

Tau tak korang macam mana simpul biawak boleh berlaku?
 Ha.. Ni sebab si comel dlm perut tu nak membesar, kalsium si ibu akan di serap sekali. 

Apa kaitan pulak dgn urat & muscle? 
Muscle kita perlukan kalsium utk muscle tone. Kalau kalsium kurang, ia akan tarik  / simpul biawak akan berlaku.

For those yg tak suka minum susu ni bolehlah ambil Ostematrix Shaklee ni. Sangat baik utk tulang & sebagai supplement tambahan anda.

Dari pengalaman saya, dah cuba makan. 4 biji sebelom tidur. Memang saya tidur nyenyak. bangun pagi senang jer & yg best melawaskan pembuangan air besar di pagi hari. Badan pun tak sakit sakit dah. Maklumla kita super mom ni macam-macam kena uruskan. Anak anak lagi, suami lagi. Mana tak sakit badan kan.

So nakkan konsultasi & kalau ada nak tanya macam-macam, jangan segan k... Saya sentiasa membantu anda.

Alhamdullillah...


Sara Rosli
012.9249976
www.facebook.com/ctsara
Vitamin Natturals 4U
ctsara5993@gmail.com

Selasa, 10 Februari 2015

Omega Guard + Mealshake & Asma

Assalammualaikum..

Salam Sejahtera semua. Dekat sini sy nak sharingkan pasal anak saya Irfan. Dulu masa saya ambil dia dari ibu dia, (he is not my biological baby.. huhuhu.. but i really love him) memang dekat dada dia ade berbunyi something. Teruk jugak, tapi ibu dia kata memang dari lahir ade bunyi macam tu. Then, kita org pun mcm biasa je la kan. Bila umur dia dlm 5 bulan mcm tu, dia demam panas sampai dah berhari hari tak surut. Risau kami then klinik suruh bawa pergi hospital. We all pergi hospital utk check up then suspect denggi. So kena admit hospital. In hospital, doctor ambil darah utk check tp memang tak de denggi. Tapi dada dia berbunyi sangat kuat. Dia macam susah nak bernafas. Doctor bagi nebulizer, dan kurang sikit dah bunyinye. Doctor pun cakap la yg dia ada athsma. Tapi mungkin doctor kata ikut keturunan. Kitaorang tak tau pun sama ada keturunan dia ade athsma ke tak sbb ibu dia ckp tak de keturunan. 

Sejak tu dia kerap admit hospital sbbkan athsma. Saya mulakan lah dari haritu tido tak buka aircond, pagi2 dia tak mandi. Cuma lap lap je. Then, one day mak shkalee saya syorkan bagi dia minum Mealshake + Omega Guard.. Sy mulakan dgn Mealshake sbb masa tu budget hanya ada Mealshake saja. Sehari 2 sudu saya bagi. Dan Alhamdullillah kesannya nampak bila dia dah kurang athsma. Tak de dah tiap tiap bulan macam dulu. 





Tapi saya tak bagi mandi pagi lagi, cuma aircond tu kadang kadang pasang jugak sbb musim panas kan. Dekat Kedah ni panas dia len macam. Umur dia masuk setahun, saya bagi dia Omega Guard, picit dlm botol susu. Syukur sangat tengok dia dah sihat sampai sekarang. Memang terbaiklah Mealshake dgn Omega Guard ni. KIta usahakan utk anak kita sihat. Habiskan duit 100 - 200 utk kesihatan mereka. Now supplement tu semua dia kongsi dgn kakak kakak dia. Anak anak sy susah nk dapat demam dah sekarang. Bukan nak bongkak tak pernah sakit, tapi nak sharing kebaikan supplement ni. 

So saya syorkan utk anda supplement utk anak anda. Apala sangat duit kita berbanding dgn kesihatan mereka. Sangat bernilai utk kita, kesihatan mereka. Nanti dah masuk hospital, dah teruk menyesal tak guna kan. Lagi satu kalau cegah dgn supplement, duit kita jimat jugak. Korang tau tak yg Nebulizer dekat klinik swasta tu mahal. Sekali pergi RM50++.. bayangkan kalau dah tiap tiap bulan & kekadang tiap tiap minggu.

Alhamdullillah dengan izin Allah SWT sihat anak anak saya. Siapa yg tak sayangkan anak anak kan. Merekalah nanti yang akan sentiasa mendoakan kita. Doa anak anak yg soleh & solehah.




6 Fakta tentang Mealshake Shaklee :

 1. Nutrisi Lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.
2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.
3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.
4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.
5. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.
6.Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.

Khasiat Omega Guard :

1.     Membantu dalam perkembangan otak kanak2, kajian menunjukkan kanak2 yg 
        mula mengambil omega 3 lebih awal ternyata otaknya lebih cergas

2.     Dapat merawat penyakit eczema dr dalam, biasanya ibu2 ambil alternatif utk 
        menyapu ubat luaran shj tp beberapa lama kemudian akan muncul kembali ttp dgn           pengambilan omega 3 dpt mengelakkan mslh eczema utk timbul kembali

3.     Meningkatkan sistem imunisasi kanak2 dan dapat merawat demam selsema dan batuk         kerana Omega 3 ini bersifat panas jd bila dimakan automatik memberi kesan panas           dalam badan

4.     Omega 3 ini mempunyai sifat anti radang dan anti inflamasi jd ianya amat berkesan           utk mengurangkan serangan asma pada kanak2 dan mengurangkan penggunaan         
        inhaler

5.     Dengan pengambilan Omega 3 juga didapati kanak2 lebih cergas dan aktif dan 
        membantu meningkatkan fokus kanak2 semasa belajar

Jangan segan untuk hubungi saya untuk sebarang pertanyaan. Berikan yg terbaik utk si manja anda. Konsultasi percuma utk anda.

Sara Rosli
012.9249976
ctsara5993@gmail.com
Vitamin Naturals 4U
www.facebook.com/ctsara