Halaman

Selasa, 30 September 2014

Salam Semua...

Shaklee sekarang senang dah...
You all's nk beli online sendiri pun boleh...
Tapi mesti kene ade Debit Card / Credit Card...
Senang jer...

Click Link ni then you all's boleh shopping...

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=856b2efebfc6bd1a392a13f792b876c2

Selamat bershopping...
Kalau nak bantuan boleh jer call sy tanya... sy sedia membantu anda...

So harini closing utk warga shaklee... sy masih teruskan usaha... semoga miracle happen harini... insyaallah... jgn putus asa buat... terus & teruskan...

Sara Rosli
Shaklee Independent Distributor
ID : 923092
FB : www.facebook.com/ctsara
FB Pages : www.facebook.com/sararosli83shaklee
HP : 012.924.9976
SMS / We Chat / Wassap

Selasa, 23 September 2014

TIPS MURAH REZEKI

" Minta rezeki, pertolongan & apa sahaja dengan Allah SWT, bukan dengan manusia... sesungguhnya dialah yg maha berkuasa... "

Inginkan kejayaan di dalam hidup perlulah berpegang pada ajaran dr Allah SWT...
Berikan yg terbaik pada diri kita... insyaallah DIA sentiasa mendengar segala keluh kesah kita...
Yang penting kita kene yakin dengan rezeki dari Allah SWT...


1. MENARIK REZEKI DENGAN BERSEDEKAH

Amalan memberi sedekah amat bernilai pada diri seseorang kerana dgn sedikit akan berganda kemudiannya. Saya sentiasa berpegang pada nisbah 1/10 maksudnya beri 1 akan mendapat 10. Yang penting niat ikhlas & tak mengharapkan balasan.

Allah SWT menyatakan dalam firmanNya;
“Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara sembunyi dan terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kebimbangan pada mereka dan tidak pula mereka bersedih.” [Al-Bakarah: 274]
Bersedekah pulak bukan dr segi wang ringgit je tau... macam macam gaya boleh bersedekah.. antaranya dengan bagi binatang makan, berzikir, membaca al quran, solat dhuha & tahajjud malam...

2. SOLAT 5 WAKTU SEHARI SEMALAM

Sebagaimana yg anda tau Solat 5 Waktu iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib & Isyak adalah wajib utk setiap umat islam. Jangan tinggalkan & sentiasa istiqomah. Berdoa utk mendapat keredhaannya...

" Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yang maksudnya : “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahku nescaya aku membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu”. (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a)"

3. ISTIQOMAH MEMBACA YASSIN & SURAH AL WAQIAH

Surah Al Waqiah di amalkan setiap malam dengan istiqomah. Insyaallah akan melipat gandakan rezeki kita.

Ada riwayat menjelaskan : “Mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya Allah tidak akan merasai kepapaan”.

Surah Yassin di amalkan setiap pagi selepas Solat Subuh. 

Rasulullah S.A.W. juga bersabda maksudnya : “Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya.. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

4. BERUSAHA & SENTIASA BERTAWAKAL KEPADA ALLAH SWT

Sebenarnya Allah sudah memberi kita pakej yang cukup lengkap kepada kita untuk berjaya dalam perkara-perkara yang telah ditetapkan untuk kita, ini adalah sunnatullah, siapa yang gigih berusaha akan terbukalah jalan-jalan mencari rezeki baginya dengan mudah kerana keluar rumah mencari rezeki juga dikira sebagai berhijrah dijalan Allah.

Berserah semata-semata kepada Allah SWT setelah berusaha, maksud firman Allah SWT: 
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (Surah At-Thalaq ayat 3)
Nabi SAW bersabda maksudnya : 
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Hadis Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Hayatilah sentiasa kerberkatan yg di berikan kepada kita...
Kita yg akan tentukan jalannya...
Semoga kita semua di redhai oleh Allah SWT...
Insyaallah...

Sara Rosli

Shaklee Independent Distributor
Kedah Agent
012.9249976

Rabu, 7 Mei 2014

Bisness Shaklee Secara Islam

As Salam Semua & Hi Peeps...
Hehehe... Selamat bertemu kembali...
Kali ni entry nk citer pasal kejayaan sesuatu bisness tu..
X kira la bissness ape yg anda ceburi..
Skrg kan byk org ceburi bizz online..
X terkecuali saya... Sy mengenali Shaklee dgn membeli set kulit cantik..
Dulu kulit x brp nk cantik.. byk jeragat..
Then bila dh mula & ade perubahan... sy terus join ahli...
Sharekan dgn kwn2 lain di FB..
Alhamdullillah permulaan yg baik. Sy sentiasa sharing di FB, mula buat pages. Masa tu xtau buat blog. Blog ni baru baru je ceburi..
Bizz Shaklee juga byk mengajar sy tentang dunia bizz secara islam dgn betul...
Byk yg sy blaja dr mereka yg berjaya...
Jom tengok tips tips utk berjaya dlm bizz jika kita taqwa, tawakkal & istiqomah dgn ajaran islam...

Rahsia pertama adalah perkara wajib yg anda semua sduah tau kan... iaitu Solat 5 waktu... Jgn di tinggalkan krn semua tu adalah kewajipan harian kita.

Then kedua : Solat taubat. Dgn meminta keampunan dr Allah SWT ats dosa dosa silam kita, insyaallah segala doa & perkara yg kita lakukan akn di redhai olehnya..

Ketiga pula : Solat Tahajjud & Solat Hajat di mana di lakukan pd waktu malam setiap hari Rabu. Nk buat hari lain pun boleh. Fadilatnya byk. Memperkenankan permintaan kita. Insyaallah... semua di ats kuasa dr Allah SWT..

Keempat pula adalah kunci segala pintu rezeki. Solat Dhuha. Di lakukan setiap hari dlm jam 10pagi & habis waktu Dhuha adalah 15 minit sebelom waktu zohor. Kerana sdg org sibuk melakukan kerja kita bersedekah dgn bersujud pd NYA..

Kelima pulak juga kunci segala rezeki iaitu Zikir. Amalkan setiap hari dgn takwa. Antara zikir zikirnya ialah :
1- Ya Wahab yakni maha pemberi. Di amalkan setiap hari selepas Solat Subuh sebyk 1000 kali.
2- Ya hayyu ya qayyum yakni yang maha hidup & yang maha berdiri sendiri. Diamalkan setiap hari selepas Solat Asar sebanyak 300-1000 kali
3- Wiridkan surah Al Fatihah selepas solat Subuh sebanyak 41 kali
4- Ayat Seribu dinar di amalkan selepas solat 5 waktu
5- Istigfar yakni memohon keampunan kpd Allah SWT. Di baca sebanyak 100 x selepas solat isyak

Antara yg lain lain di amalkan seperti bersedekah kerana lebih banyak kita memberi akan lebih banyak kita menerima. Selain itu kita berselawatlah ke ats nabi kita di setiap selepas zikir.

Insyallah jika di izinkan Allah SWT akan termakbul la doa & kejayaan kita untuk berniaga secara islam.

Sape2 nk join ahli bizz Shaklee, sy akan bimbing anda sehingga kita berjaya. Bimbingan secara online di Wassap. RM75.00 untuk seumur hidup.

Samapi berjumpa lagi...

Sara Rosli
Shaklee Independent Distributor
ID : 923092
FB : www.facebook.com/ctsara
FB Pages : www.facebook.com/sararosli83shaklee
HP : 012.924.9976
SMS / We Chat / Wassap

Khamis, 17 April 2014

Punca KetidakSuburan Wanita

Salam Semua.
Lama dah x berblogging..
Busy sikit koje banyak..
Saya masih lagi aktif berniaga Shaklee..
Ingin membantu mereka yg ade masalah kesihatan...

So kita bincangkan topik Kesuburan.
Khas utk wanita di luar sane yg ingin hamil...
Yang sukar hamil... jom tengok puncanya...

[Ketidaksuburan punca sukar hamil]
Punca Ketidaksuburan
==================
Masalah Ketidaksuburan Wanita
Masalah ketidaksuburan wanita adalah keadaan perubatan yang menjejaskan hampir satu dalam 10 pasangan yang cuba untuk hamil. Untuk perempuan, isu kesuburan yang paling biasa adalah keseimbangan hormon yang mempengaruhi ovulasi. Berikut adalah beberapa masalah umum yang mungkin memperlahankan dan mengganggu wanita yang cuba untuk hamil:

Gangguan Ovulasi
Kitaran ovari yang normal adalah sangat rumit. Walaupun perubahan kecil, ia boleh mengganggu kitaran dan mencegah ovulasi. Dalam kebanyakan kes, masalah yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon termasuk badan tidak boleh menghasilkan hormon tertentu yang cukup atau mungkin gagal untuk melepaskan hormon pada masa yang tepat. Ovulasi juga boleh tidak berlaku oleh perubahan ketara dalam berat badan.
Gangguan Tiub Fallopio
Kerosakan pada tiub fallopio boleh menghalang persenyawaan antara sperma dan telur. Sebab-sebab yang mungkin termasuk
• Keradangan tiub fallopio
• Sebelumnya pernah mengalami kehamilan ektopik/ kehamilan luar rahim.
• Kehadiran parut yang disebabkan oleh pembedahan.
• Pertumbuhan spontan sel-sel lapisan rahim di luar rahim yang dikenali sebagai endometriosis.
Endometriosis
Endometriosis berlaku apabila sel-sel yang biasanya bertumbuh di rongga rahim berkembang di kawasan-kawasan di luar rahim, contohnya dalam tiub fallopio, ovari, atau walaupun pundi kencing atau usus mewujudkan persekitaran yang buruk dalam organ-organ ini tidak sesuai untuk hamil. Puncanya sebenar adalah tidak diketahui.
Perubahan Kepada Uterus atau Serviks
Sperma mungkin gagal mencapai telur jika parut yang disebabkan oleh pembedahan, kesumbatan atau keradangan, menghalang sperma memasuki melalui servik. Satu myoma atau fibroid (pertumbuhan dalam rahim) boleh menjadi punca masalah ketidaksuburan yang berterusan atau keguguran.
Kecacatan Sistem Pembiakan:
Dalam kes-kes yang sangat jarang berlaku, kesukaran kehamilan adalah disebabkan oleh pelbagai masalah kongenital dengan sistem pembiakan yang boleh menjejaskan bentuk dan saiz rahim, tiub fallopio, vagina atau gabungan ini.
Polycystic Ovarian Sindrom (PCOS):
Cyst yang berganda terbentuk di dalam ovari. Dalam kebanyakan kes, gangguan ini dikaitkan dengan tahap hormon lelaki yang tinggi dan boleh mengganggu ovulasi.
Gangguan Sistem Imunasi:
Pada kes-kes yang jarang berlaku, sistem imunasi yang cacat boleh menganggap telur atau sperma sebagai 'benda asing', dan menyerang telur atau sperma sebagai 'penceroboh'.
Umur- Lewat Usia
Semakin lewat usia anda, peluang anda hamil adalah rendah. Ia juga merupakan salah satu punca ketidaksuburan wanita. Walaubagaimanapun, ramai wanita lebih daripada 35 tahun juga mempunyai kehamilan dan bayi yang sihat.
CARA RAWATAN BERSAMA SHAKLEE
===============================
Gla Complex
- suplemen untuk wanita
- membantu meningkatkan kesuburan
- menstabilkan hormon
- memperbaiki peredaran haid
- mengecutkan ketumbuhan / fibroid
- mengurangkan PMS
- merawat senggugut
Cara pengambilan
===============
2 biji sebelum tidur setiap hari sehingga haid menjadi regular 28/30 hari.

Sesiapa yang inginkan info lebih lanjut...
Jom SMS/WASSAP/WE CHAT ~ 012.924.9976

Saya Sedia membantu anda...


Selasa, 4 Mac 2014

INFO TENTANG ESP

Salam & Hi Peeps...
Lama dh x tulis blog kan...
Sgt sibuk & kebusyan dgn kerja2 di ofis...

So bln ni Promotion ESP @ Energizing Soy Protein

Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi non-GMO (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah.
Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
Setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.
ESP dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.
Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur – tua dan muda.
Menyediakan 14g protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung.
Kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap diabetes.
Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2x ganda daging, 4x ganda telur, dan 12x ganda susu.
Ia rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia dan tidak membebankan buah pinggang.
Setiap hidangan ESP membekalkan 50% daripada Nilai Harian Kalsium untuk menyokong tulang yang kuat.
Mempunyai kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat, payudara dan menapous.
Mengekalkan tenaga dalam badan dan menahan rasa lapar kerana ESP membekalkan sumber tenaga berterusan ke dalam salur darah.
Tiada perasa, pewarna tiruan, pemanis, kafein, atau bahan tambahan selainnya.
ESP sesuai untuk vegetarian.
Ambil ESP sahaja pun hasil dah cukup baik, apatah lagi bila ditambah dengan supplemen.

Faedah ESP mmg banyak. Antaranya: 

1. Kekal Muda : Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga. 
2. Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

3. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

4. Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.

5. Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

6. Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

7. Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja yang tidak digalakkan.
Sesuai untuk semua lapisan:
1. Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.
2. Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!
3. Ibu-ibu yang menyusu anak: Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.
4. Pesakit kencing manis: Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.
5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang. WOW…!!!
DAN lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin tambah tenaga. Pendek kata, anda, saya, kamu dan dia yang sihat dan ingin kekal sihat. Insha-Allah!

ESP SEBAGAI SUMBER PROTEIN YANG LEBIH BERKUALITI.

25 PERATUS daripada tubuh badan manusia dibina daripada PROTEIN.
Contohnya seperti kuku, kulit, otot-otot sebenarnya berasal daripada protein. Percaya atau tidak, itulah kenyataannya.
Ringkasannya, struktur dalam tubuh badan manusia dibina daripada susunan berikut:
SEL ——> TISU ——–> ORGAN ———> SISTEM
Struktur badan kita terdiri daripada SEL. Kemudian, sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu. Seterusnya, tisu-tisu akan membentuk organ dan akhir sekali, organ-organ ini akan membentuk sistem.  Oleh sebab itu, badan kita SANGAT memerlukan PROTEIN.
Ingin tahu mengapa? Sebabnya PROTEIN adalah makanan utama bagi  sel tubuh manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas.
Setiap hari, anda akan makan lauk-lauk yang mengandungi sumber protein bukan? Seperti ayam, daging, telur, ikan, kekacang dan banyak lagi.
TETAPI, tahukah anda sebenarnya PROTEIN sangat MUDAH TERMUSNAH apabila dikenakan SUHU TINGGI? Contohnya anda goreng ikan. Berapa banyak PROTEIN yang tinggal? Anda tak tahu kan? JADI, apa kata anda ambil ESP sebagai sumber PROTEIN yang lebih berkualiti. Oh! Semestinya ESP mematuhi kriteria pemilihan soya yang selamat. Paling penting, ESP sentiasa SELAMAT, sentiasa BERKESAN dan sentiasa MESRA ALAM. RAMAI YANG TELAH MERASA KEBAIKAN DAN BETAPA BAGUSNYA ESP SELEPAS MENGAMBIL SECARA KONSISTEN SELAMA 3 HINGGA 4 MINGGU. Ada yang kata, kulit makin licinlah, kulit makin lembut, parut jerawat makin pudar, rambut dah kurang gugur, susu makin banyak, suami makin sayang dan macam-macam lagi!

Mari dapatkan dari saya dgn harga Istimewa...
1 Tong RM150.00 & harga promosi? Meh CALL/WASSAP/SMS saya.

Jangan risau...
Saya adalah Distributor Sah Shaklee
ID : 923092
012.924.9976
FB saya : www.facebook.com/sararosli83shaklee 


Isnin, 2 Disember 2013

manfaat utama omegaguard

Manfaat utama:
1. Asid lemak omega 3 merupakan asid lemak yg penting yg tak dapat dihasilkan oleh badan kita. 
2. Ia mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.
3. Selain itu, ia mencegah penyakit salur darah dan strok.
4. DHA dan EPA membantu menstabilkan tekanan darah tinggi yg lebih rendah dan kepekatan darah, melancarkan saluran darah, dan peredaran darah yang lancar.
5. Ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan leher atau sakit kepala (migrain)
6. Merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah dalam badan
7. Mengawal masalah obesiti dan membantu mengurang risiko penyakit jantung.
8. Menentang kanser
* kajian menunjukkan bahawa omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi lebih efektif.
9. Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru.
10. Memperbaiki alahan kulit, penyakit lelah, SLE, bronkitis dan penyakit buah pinggang.
11. Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan memori yg kuat
12. Mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran dan mencegah migraine.

-------------------------
Beli 6 percuma 1



Manfaat utama omegaguard

Manfaat utama:
1. Asid lemak omega 3 merupakan asid lemak yg penting yg tak dapat dihasilkan oleh badan kita. 
2. Ia mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.
3. Selain itu, ia mencegah penyakit salur darah dan strok.
4. DHA dan EPA membantu menstabilkan tekanan darah tinggi yg lebih rendah dan kepekatan darah, melancarkan saluran darah, dan peredaran darah yang lancar.
5. Ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan leher atau sakit kepala (migrain)
6. Merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah dalam badan
7. Mengawal masalah obesiti dan membantu mengurang risiko penyakit jantung.
8. Menentang kanser
* kajian menunjukkan bahawa omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi lebih efektif.
9. Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru.
10. Memperbaiki alahan kulit, penyakit lelah, SLE, bronkitis dan penyakit buah pinggang.
11. Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan memori yg kuat
12. Mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran dan mencegah migraine.