Halaman

Selasa, 30 September 2014

Salam Semua...

Shaklee sekarang senang dah...
You all's nk beli online sendiri pun boleh...
Tapi mesti kene ade Debit Card / Credit Card...
Senang jer...

Click Link ni then you all's boleh shopping...

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=856b2efebfc6bd1a392a13f792b876c2

Selamat bershopping...
Kalau nak bantuan boleh jer call sy tanya... sy sedia membantu anda...

So harini closing utk warga shaklee... sy masih teruskan usaha... semoga miracle happen harini... insyaallah... jgn putus asa buat... terus & teruskan...

Sara Rosli
Shaklee Independent Distributor
ID : 923092
FB : www.facebook.com/ctsara
FB Pages : www.facebook.com/sararosli83shaklee
HP : 012.924.9976
SMS / We Chat / Wassap

Selasa, 23 September 2014

TIPS MURAH REZEKI

" Minta rezeki, pertolongan & apa sahaja dengan Allah SWT, bukan dengan manusia... sesungguhnya dialah yg maha berkuasa... "

Inginkan kejayaan di dalam hidup perlulah berpegang pada ajaran dr Allah SWT...
Berikan yg terbaik pada diri kita... insyaallah DIA sentiasa mendengar segala keluh kesah kita...
Yang penting kita kene yakin dengan rezeki dari Allah SWT...


1. MENARIK REZEKI DENGAN BERSEDEKAH

Amalan memberi sedekah amat bernilai pada diri seseorang kerana dgn sedikit akan berganda kemudiannya. Saya sentiasa berpegang pada nisbah 1/10 maksudnya beri 1 akan mendapat 10. Yang penting niat ikhlas & tak mengharapkan balasan.

Allah SWT menyatakan dalam firmanNya;
“Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara sembunyi dan terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kebimbangan pada mereka dan tidak pula mereka bersedih.” [Al-Bakarah: 274]
Bersedekah pulak bukan dr segi wang ringgit je tau... macam macam gaya boleh bersedekah.. antaranya dengan bagi binatang makan, berzikir, membaca al quran, solat dhuha & tahajjud malam...

2. SOLAT 5 WAKTU SEHARI SEMALAM

Sebagaimana yg anda tau Solat 5 Waktu iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib & Isyak adalah wajib utk setiap umat islam. Jangan tinggalkan & sentiasa istiqomah. Berdoa utk mendapat keredhaannya...

" Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yang maksudnya : “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahku nescaya aku membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu”. (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a)"

3. ISTIQOMAH MEMBACA YASSIN & SURAH AL WAQIAH

Surah Al Waqiah di amalkan setiap malam dengan istiqomah. Insyaallah akan melipat gandakan rezeki kita.

Ada riwayat menjelaskan : “Mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya Allah tidak akan merasai kepapaan”.

Surah Yassin di amalkan setiap pagi selepas Solat Subuh. 

Rasulullah S.A.W. juga bersabda maksudnya : “Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya.. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

4. BERUSAHA & SENTIASA BERTAWAKAL KEPADA ALLAH SWT

Sebenarnya Allah sudah memberi kita pakej yang cukup lengkap kepada kita untuk berjaya dalam perkara-perkara yang telah ditetapkan untuk kita, ini adalah sunnatullah, siapa yang gigih berusaha akan terbukalah jalan-jalan mencari rezeki baginya dengan mudah kerana keluar rumah mencari rezeki juga dikira sebagai berhijrah dijalan Allah.

Berserah semata-semata kepada Allah SWT setelah berusaha, maksud firman Allah SWT: 
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (Surah At-Thalaq ayat 3)
Nabi SAW bersabda maksudnya : 
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Hadis Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Hayatilah sentiasa kerberkatan yg di berikan kepada kita...
Kita yg akan tentukan jalannya...
Semoga kita semua di redhai oleh Allah SWT...
Insyaallah...

Sara Rosli

Shaklee Independent Distributor
Kedah Agent
012.9249976