Halaman

Jumaat, 31 Oktober 2014

Resepi Jeruk Mangga Asam Boi

As Salam Semua
Sihat kan, Alhamdullillah...

Nak share cerita sikit dengan korang ni. Sekarang tengah trend pasal Mangga Jeruk asam boi kan. ha mesti korang dah tau kan. Aku pun terikut la jugak nak buat. Tapi memang sedap la. Tak caya cer try buat. Ada yang siap buat jual lagi tu. Pastu yang tukang beli pulak tak dapat seperti yang dalam gambar segar bugar mangganya. Bila dapat dah lebam. Ala buat jer la kan. Bukan susah pun. Campak campak jer. Hehehehe.

Dekat facebook wall penuh orang buat benda ni. Memang hangat sekarang ni trend jeruk ni. Sapa yang tak tau trend ni, meh nak share sikit resepinya. hehehe...

Ni gambar ehsan dari FB orang yang jual


Bahan Bahan
Mangga Muda (Tak Kira la berapa kilo)
Asam Boi (Yang jenis asam boi masin tu sedap)
Gula
Garam Sikit
Cili Padi (Nak pedas buh lebih sikit)

Cara Cara
Campurkan semua bahan bahan. Eh tapi make sure buah mangga tu basuh ek. Jaga kebersihan sikit. Sunnah Rasullullah SAW. Gaulkan sampai sebati. Pastu perap letak dalam peti ais dalam 1 - 2 jam. Pastu boleh makan dengan enak sekali.

Tu je. Bukan susah pun. Hehehe. Suami saya cakap benda ni dah lama ada. Kalau korang pernah pegi Giant Hypermarket kat Kl ke, Klang ke kan, mesti akan nampak. Dia jual kilo punya yang kita boleh pilih pilih letak dalam bekas putih tu kan. Ha... tapi mahal dia jual kilo. Memang sedap. Suami saya suka. Kalau balik umah mertua kat Gombak mesti beli.

Jangan lupa yer untuk cuba. Mana tau anda boleh menjual kan. Tambah pendapatan sampingan. Saya tengok dorang jual 1 balang dalam RM 10. Ada yang jual sampai RM 20 tau. Untung kan. Modal berapa la sangat. Kakak Ipar saya jual RM 10 sebalang dan untung sehari RM100++. Beli mangga sampai 8 kilo kau. Dia jual online tapi dekat kawasan uamh dia jer. Dia tak berani jual pos jauh jauh. Nanti tak sedap & lebam buah tu. Ada jugak gantikan mangga tu dengan Epal Hijau, buah kedongdong, macam macam la.


Ha ni yang kakak ipar aku jual. Sebalang RM 10

Bawah ni plak aku yang buat. Tak jumpa mangga muda, mangga masak pun jadilah. Sedap jugak...


SELAMAT MENCUBA SEMUA...

Sara Rosli
012.9249976
923092
Shaklee Independent Distributor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan