Halaman

Jumaat, 27 Februari 2015

Cerita Frozen terbaru March nanti

Filem animasi 3D terbitan Walt Disney yang paling popular tahun lepas, Frozen, memang telah berjaya mencetuskan fenomenanya tersendiri. Selain runut bunyinya Let It Go, kostum yang direka dan “dipakaikan” pada watak utamanya Elsa juga turut mendapat perhatian ramai.
Fenomena Frozen tidak berakhir lagi. Kenapa? Frozen Fever akan menemui anda di pawagam. Filem pendek tujuh minit, Frozen Fever akan ditayangkan sebelum filem Cinderella yang akan keluar panggung pada 13 March ini.
Pelakon alih suara asal seperti Idina Menzel (Elsa), Kristen Bell (Anna), Jonathan Groff (Kristoff) dan Josh Gad (Olaf) kembali menghidupkan peranan masing-masing.
Animasi pendek berdurasi 7 minit itu akan memaparkan suasana di kerajaan Arendelle susulan pengakhiran versi filem yang menyaksikan Elsa dan Anna berbaik semula. Selain itu, ‘sneak peek’ juga menyaksikan persediaan sambutan hari jadi Anna termasuk gaun baru Elsa.
Anak anak suka la ni. Mulalah Viral baju frozen terbaru tu dkt pasaran. Anak anak nampak lajulah nak kan. Hehehe.....
Layankan jer la k.. tapi comel.. kita yang besar ni pun suka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan