Halaman

Selasa, 28 Oktober 2014

Kisah Nasib Anak yg Tak Terbela

Kesian kan anak yang tak terbela ni. Ibu bapa yang tak mengisah tentang anak anaknya di sebabkan mereka bercerai ke, kematian sama ada ibu atau ayah. Ya Allah, kuatkan hati anak anak yang nasib sebegini.

Bukan nak mengaibkan tapi kesian dengan nasib anak yang tak terbela ini. Kisahnya sebenarnya saudara rapat sendiri. Saudara kandung sendiri yang anak anaknya di biarkan di jaga oleh bekas ibu mertuanya. Anak anak ini kematian ibu 2 tahun yang lepas di mana ibunya menghidap penyakit kanser tulang. Anak pertama lelaki berumur 9 tahun, yang kedua perempuan berumur 7 tahun & yang kecik sekali perempuan berumur 2 tahun. Mereka di jaga nenek mereka. Ayahnya kini telah kahwin lain & mereka di biarkan tanpa apa apa nafkah di berikan. Kehidupan mereka tak macam kanak kanak lain yang ada ayah & ibu, yang selalu berjalan jalan. Mereka hanya minta simpati saudara & adik beradik terdekat. Inilah akibatnya jika ayah telah kahwin lain & anak anak di biarkan. Ayahnya hilang entah kemana bersama isteri baru. 

Wajah Anak yang paling kecil sekali
Comelkan...

Tahu tak anda semua yang anak anak ini adalah anugerah yang tidak ternilainya & amanah dari Allah SWT yg harus kita jaga sebik mungkin. Tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk mendidik mereka & mengasuh mereka supaya manjadi insan yang berguna & berjaya kelak.

Setiap anak ada rezeki mereka. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan. Kami-lah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.” (Surah al-Isra’, ayat 31). Ya allah ya tuhanku...

Seorang ayah adalah penanggung jawab pertama, lantaran ia sebagai pemimpin dalam rumah tangganya, maka ia akan ditanya oleh Allah ‘Azza Wajalla tentang rumah tangganya.


Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda,

وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْْلِ بَيْتِهِ وَهُوَ مَسْئُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى أَهْلِ بَيْتِ زَوْجِهَا وَوَلَدِهِ وَهِيَ مَسْئُوْلَةٌ عَنْهُمْ

“Seorang suami adalah pemimpin dalam keluarganya, dan ia akan ditanya atas kepemimpinannya, dan seorang istri adalah pemimpin dalam rumah tangga suaminya dan anaknya, maka ia akan ditanya tentang mereka.” (HR. Bukhari dan Muslim).


Oleh sebab itu, kedua orang tua harus bangkit melaksanakan kewajibannya terhadap anak, berupa perhatian, pengawasan, dan pendidikan yang baik, agar kelak menjadi generasi yang baik dapat memberi manfaat bagi orang tua dan kaum Muslimin yang lain.

Pedoman untuk semua, sekiranya apa yang terjadi di antara pasangan anda, jangan sesekali di abaikan anak anak kita walau apa sekalipun yang terjadi. Mereka memerlukan perhatian & kasih sayang anda.

Wallahu A'lam...

Sara Rosli
012.9249976
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/ctsara
923092

Tiada ulasan:

Catat Ulasan